Tuesday 20 December 2016

Minum Air Yang Secukupnya Penting Untuk Kesihatan

Selamat petang semua. Anda apa khabar harini? Adakah anda mengambil air yang secukupnya hari ini?
Hari ini nak share sikit mengenai pentingnya minum air yang secukupnya. Ramai sebenarnya antara kita yang tidak tahu jika mereka mengambil air secukupnya setiap hari. Ini ada sikit panduan berapa banyak air perlu diminum setiap hari berdasarkan berat badan.



Jom baca lebih lanjut, Otie mahu share sikit kepentingan minum air.





Manfaat minum air secukupnya;
  • air masak membantu melancarkan aitiviti-aktiviti sel di dalam tubuh dengan membawa nutrien dan oksigen ke seluruh tubuh. Sebab itu bagi yang mengamalkan suplemen, air sangat penting.
  • membantu dalam metabolisma tubuh. Membantu melancarkan sistem penghadaman iaitu dengan mengelakkan sembelit.
  • mampu menjadikan kulit cantik dan lembut. Ini kerana sel kulit kita memerlukan lemak dan air yang cukup untuk kekal lembap dan tidak kering.
  • menjadi medium pelarut nutrien. Bagi yang mengamalkan vitamin larut air seperti Vitamin B dan Vitamin C pengambilan air sangat penting. Ini kerana air akan melarutkan vitamin tersebut dan seterusnya membawa nutrien tersebut ke seluruh anggota tubuh yang memerlukan.
  • mengelakkan dehidrasi. Bila tubuh kekurangan air kita akan rasa lemah, keletihan dan sakit kepala. Oleh itu pengambilan air yang cukup penting untuk kita sentiasa kekal sihat dan cergas melakukan aktiviti harian.
  • air tidak mengandungi kalori, sebab itu bagi yang ingin menurunkan berat badan adalah baik minum air kosong berbanding air bergula seperti kopi dan teh.
  • air masak mampu mengurangkan sakit kepala dan migrain. Salah satu punca migrain adalah kekurangan bendalir dalam badan, dengan itu meminum air mampu mengurangkan risiko migrain.


Minum air yang cukup pada masa yang tepat mampu mengurangkan risiko penyakit berbahaya.



Facebook : Otie's Liew
Shaklee ID : 1080313
Email : stephanieliew86@gmail.com
SMS / Whatsapp : 014 866 1921

"It is health that is real wealth and not pieces of gold and silver"



 

No comments:

Post a Comment